Tuesday, 17 January 2012

DAKWAH ISLAMIAH : Apa Asas Kejayaan Seorang Da'i ???



Seorang umat Islam yang mengamalkan konsep dakwah, sama ada seorang ahli agama atau masyarakat awam, digelar sebagai da’i. seorang da’i menjemput orang untuk memahami Islam melalui proses ajakan yang baik, tindakan dan dialog. Dakwah juga dijelaskan sebagai tugas untuk “secara aktif menggalakkan umat Islam dalam penerusan pengamalan beragama, kewarakan lebih mantap dalam semua aspek hidup mereka”.


APA ITU DAKWAH ???
Dakwah bererti mengajak manusia kepada Islam.
Di dalam bahasa Arab – dakwah bermakna secara harfiahnya “menyeru” atau “mengajak”, juga bermakna “memanggil” atau “menjemput”.
Dari sudut istilah, dakwah adalah : Suatu kegiatan ajakan baik dalam bentuk lisan, tulisan, tingkah laku dan sebagainya yang dilakukan secara sedar dan berencana sama ada melalui kaedah manual, digital, biasa atau elektronik dalam usaha mempengaruhi orang lain baik secara individu mahupun secara kelompok supaya timbul dalam dirinya suatu pengertian, kesedaran, sikap penghayatan serta pengamalan terhadap ajaran agama sebagai mesej yang disampaikan kepadanya tanpa adanya unsure-unsur paksaan.
Daripada pengertian di atas dapat disimpulkan bahawa metod dakwah itu bermaksud cara atau kaedah penyampaian Islam kepada sasaran. Dakwah hendaklah mengikuti kaedah tertentu, kerana kalau tidak, ia mungkin tidak membawa apa-apa kesan.


APA METOD DAKWAH YANG DIGARISKAN ISLAM ???
Tugas-tugas dakwah perlu disampaikan dengan pelbagai metod asas sebagaimana yang telah diwahyukan ALLAH s.w.t dalam surah an-Nahl ayat 125 yang bermaksud :
“ Serulah ke jalan Tuhanmu ( wahai Muhammad ) dengan hikmah ( kebijaksanaan ) dan nasihat (pengajaran) yang baik, dan berbahaslah dengan mereka ( yang engkau serukan itu ) dengan cara yang lebih baik : sesungguhnya Tuhanmu Dialah juga lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah ( petunjuk ).”
Garis panduan inilah yang menjadi asas kepada para da’I dan umat Islam umumnya. Inilah yang menjadi dasar metodologi dakwah dalam Islam. Ayat ini mengandungi tiga metod atau uslub dalam berdakwah yakni :

-          Hikmah atau bijaksana
-          Nasihat yang baik
-          Berdebat dengan cara yang paling baik ( sopan & adab )


TUGAS SIAPAKAH UNTUK BERDAKWAH ???
Dakwah adalah tugas asas para rasul dan mereka dibangkitkan untuk berdakwah kepada kaum mereka. Mereka diutus untuk menyeru kaum mereka agar kaum itu beriman kepada ALLAH s.w.t sebagaimana firmanNya dalam surah an-Nahl ayat 36 yang bermaksud :

“ Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka) : ‘Hendaklah kamu menyembah ALLAH dan jauhilah taaghut’. Maka di antara ( yang menerima seruan Rasul itu ), ada yang diberi hidayah petunjuk oleh ALLAH dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan rasul-rasulnya.”

Rasulullah s.a.w diutuskan sebagai pendakwah sebagaimana firman ALLAH s.w.t dalam surah al-Ahzab ayat 45 hingga 47 yang bermaksud :

“ Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu untuk menjadi saksi, dan pembawa berita gembira kepada orang-orang yang ingkar. Dan juga sebagai penyeru umat manusia seluruhnya kepada agama ALLAH dan taufiq yang diberi-Nya : dan sebagai lampu yang menerangi. Dan dengan itu, sampaikanlah berita yang menggembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnya mereka akan beroleh kurnia yang besar dari ALLAH.”

Demikian tugas Rasulullah sebagai pembawa berita gembira dan amaran kepada seluruh umat manusia. Secara tidak langsung ia merupakan suatu seruan ataupun dakwah. Bahkan dijelaskan dengan ayat yang berikutnya sebagai da’I illallah atau sebagai pendakwah kepada agama ALLAH. Setelah Baginda wafat, tugas sebagai da’I ini diteruskan pula oleh para sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in dan seterusnya umat-umat yang terkemudian.


ADAKAH JIN JUGA ADA TANGGUNGJAWAB BERDAKWAH ???
Selain manusia, golongan jin juga melakukan dakwah kepada kaumnya sebagaimana firman ALLAH dalam surah al-Ahqaf ayat 29 hingga 32 yang bermaksud :

“ Dan ingatkanlah peristiwa semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu wahai Muhammad untuk mendengar al-Quran, setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah setengahnya kepada yang lain : ‘ Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya’, kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyebarkan ajaran al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.
Mereka berkata : ‘ Wahai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengar Kitab ( al-Quran ) yang diturunkan oleh ALLAH sesudah nabi Musa, yang menegaskan kebenaran kitab-kitab suci yang terdahulu daripadanya, lagi memandu kepada kebenaran ( tauhid ) dan ke jalan yang lurus (agama Islam).
Wahai kaum kami, sahutlah seruan rasul ( Nabi Muhammad ) yang mengajak ke jalan ALLAH, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya ALLAH mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Dan sesiapa tidak menyahut ( seruan ) rasul yang mengajaknya ke jalan ALLAH, maka ia tidak akan dapat melepaskan diri dari balasan azab, walau ke mana sahaja ia melarikan diri di bumi, dan ia tidak akan beroleh sesiapa pun yang lain dari ALLAH – sebagai pelindung-pelindung yang membelanya, mereka ( yang demikian sifatnya ) adalah dalam kesesatan yang nyata ”

Tuntasnya, inilah jalan yang dilaksanakan oleh Rasulullah dan mereka yang menuruti Baginda dari semasa ke semasa.


APAKAH BEZA ANTARA DAKWAH KEPADA BUKAN MUSLIM DAN DAKWAH SESAMA MUSLIM ???
Dakwah dengan menyatakan bukti dan hujah lebih difokuskan kepada bukan Muslim. Manakala dakwah sesame Muslim lebih kepada amar ma’ruf wa nahi mungkar ( menyuruh berbuat kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran ). Firman ALLAH dalam surah ali-Imran ayat 104 yang bermaksud :

“ Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru yakni berdakwah kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala kebaikan, serta melarang daripada segala yang salah ( buruk & keji )”'

Walaupun begitu, pembangunan insan dengan mencetuskan kesedaran terhadap kehebatan ALLAH s.w.t tetap berlaku kepada masyarakat Muslim dan non-Muslim pada setiap masa.
Wallahu’allam.




Saturday, 7 January 2012

PEMBANGUNAN MANUSIA DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM : Pembangunan Manusia Di Alam Barzakh ( TUGASAN )

Bismillah.......

Pengenalan

Setelah menusia mengakhiri hidup di dunia, maka manusia akan mulai masuk ke alam seterusnya yakni alam kubur ( barzakh ). Kubur adalah tempat persinggahan yang kedua bagi manusia dan jin sebelum tempat persinggahan yang lain. Alam barzakh bermula sejurus selepas berpisahnya roh daripada jasad sehingga ketika dibangkitkan di alam Mahsyar. Dr A’idh  Abdullah al-Qarni menulis di dalam sebuah bukunya yang cukup terkenal bertajuk “Malam Pertama Di Alam Kubur” menyatakan seorang penyair arab pernah mendendangkan syairnya:

" Aku tinggalkan tempat tidurku pada satu hari, kemudian aku terserkapmembisu. Aku telah berpindah dari satu tempat menuju tempat lain. Aku berangkat pergi dari ranjang tidur dalam istanaku menuju alam lain. Kubur adalah malam pertama. Demi Allah katakanlah apa yang terjadi pada malam tersebut. Yang Allah pasti mentakdirkannya pada setiap hamba "

Al-Rifa'i juga pernah berkata :

" Setiap orang yang takut pada sesuatu pasti akan menghindarinya, kecuali kubur. Tidak ada orang yang ingin lari daripadanya melainkan dia akan datang kepadanya. Dia selalu menunggumu tanpa jemu, dan apabila engkau masuk ke dalamnya, engkau tidak akan kembali selama-lamanya. Renungilah nasib saudaramu yang kini telah dikuburkan :

" Dahulu dia menikmati pemandangan yang indah, kini matanya telah tertanggal, dahulu lidahnya petah bertutur, kini cacing tanah telah memakan mulutnya. Dahulu dia sering tertawa, kini giginya hancur terbenam "


Apakah yang dimaksudkan dengan alam Kubur ( Barzakh ) ???

Istilah alam kubur hanyalah berdasarkan kebiasaan ( ghalib ), kerana semua manusia yang meninggal dunia lazimnya pasti akan dikebumikan ( dikuburkan ). Mengkebumikan jenazah merupakan salah satu kewajiban ( fardhu kifayah ) ke atas orang yang masih hidup. Tetapi ini tidak bermakna setiap manusia mesti mempunyai kubur apabila meninggal kelak, kerana tidak semua manusia yang meninggal di atas darat ( ada juga yang meninggal di atas udara dan laut ). Sebab lain juga adalah seperti dibaham binatang buas, terbakar hangus, berkecai jasadnya kerana kemalangan atau letupan.

Selepas alam kehidupan di dunia, istilah yang paling tepat menurut al-Quran dan Hadis ialah Alam Barzakh. Menurut iktikad ( keyakinan ) Ahlu Sunnah Wal Jamaah, setiap manusia akan berada di dalam satu alam yang dinamakan alam Barzakh. Ia berada antara satu pilihan (dunia) dengan alam akhirat.

Menurut kamus Mukhtar al-Shahhah oleh Abu Bakar al-Razi, makna barzakh ialah dinding pembatas antara dua benda. Ia juga membawa makna apa yang terdapat di antara dunia dan alam akhirat sejak dari waktu kematian seseorang sehingga dia dibangkitkan. Jadi siapa yang meninggal itu bermakna ia telah masuk ke dalam alam Barzakh secara realitinya.


Dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w, banyak dikemukakan dengan jelas bahawa alam Barzakh adalah tahap yang pertama daripada sebahagian alam akhirat. Alam barzakh juga dikenali sebagai satu taman daripada taman-taman syurga dan juga satu lubang daripada lubang-lubang neraka. Jika seseorang itu selamat ketika berada di alam Barzakh, maka untuk beban mereka untuk menghadapi alam seterusnya adalah lebih ringan. Sebaliknya, kalau tidak selamat ketika di alam Barzakh, maka itu merupakan sebagai petanda yang buruk bakal menimpa mereka ketika berpindah ke alam seterusnya ( seksaan lebih dahsyat ). Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“ Sesungguhnya alam kubur itu adalah tahap pertama untuk alam akhirat. Manakala seseorang telah selamat dalam tahap pertama itu, maka untuk tahap-tahap selanjutnya akan lebih ringan. Akan tetapi, kalau tidak selamat dalam tahap pertama tersebut, maka untuk tahap-tahap selanjtnya akan lebih berat ”     

Konklusinya, berdasarkan hadis di atas, sangat jelas bahawa keselamatan dan kecelakaan di alam barzakh adalah ukuran untuk menentukan tahap kehidupan yang abadi di akhirat kelak. Oleh kerana itu, bagi roh dan jasad yang selamat ketika di alam Barzakh, maka ia akan selamat di akhirat. Sebaliknya bagi jasad dan roh yang menerima seksaan ketika di alam Barzakh, maka roh itu akan menghadapi seksaan dan kesengsaraan di akhirat kelak.


Coret-coret mengenai gambaran kehidupan di alam Barzakh

Umar bin Abdul Aziz pernah  berkata kepada beberapa orang sahabatnya di dalam satu majlis, Wahai fulan! engkau telah melepasi satu malam, adakah pernah kau terfikir tentang kubur dan penghuninya? Sekiranya kau tahu apakah keadaan sebenar di dalam kubur, pasti kau tak akan berani mendekatinya.

Pada suatu ketika pula , Umar bin Abdul Aziz mengiringi jenazah saudaranya. Apabila jenazah selamat dikebumikan, maka semua orang  telah bersurai kecuali  beliau dan beberapa orang sahabatnya yang  masih tidak berganjak dari kubur tersebut.  Tidak lama kemudia sahabatnya bertanya: Wahai Amirul Mukminin, kau merupakan wali kepada jenazah ini, mengapa engkau perlu menunggunya lagi sedangkan dia telah meninggalkanmu. Umar pun berkata: 

“ Ya,  sesungguhnya kubur ini memanggilku dari belakang.  Mahukah kalian tahu apakah yang dikatakannya kepadaku: Mereka menjawab “ Sudah tentu wahai Amirul Mukminin. Kubur ini memanggilku dan berkata, “

Wahai Umar bin Abdul Aziz, mahukan aku ceritakan kepadamu apakah yang akan aku lakukan kepada  jenazah yang kau cintai ini? Ya, jawab Umar. Kubur itu menjawab: Aku akan bakar kain kapannya, aku robek badannya, aku sedut darahnya serta aku kunyah dagingnya.

Mahukah engkau tahu apa yang akan aku lakukan pada anggota badannya? Sudah tentu jawabku. Aku cabut satu persatu dari telapak hingga ke tangan, dari tangan ke lengan, dan dari lengan menuju ke bahu. Lalu aku cabut pula lutut dari pehanya, Peha dari lututnya. Aku cabut lutut itu dari betis. Dari betis menuju ke telapak kakinya.

Setelah mendengar penjelasan daripada kubur itu, Umar pun menangis dan berkata :

" Ketahuilah sahabatku, umur dunia hanya sedikit. Kemuliaan di dalamnya adalah kehinaan. Pemuda akan menjadi tua dan yang hidup akan mati. Celakalah mereka yang tertipu olehnya. Celakalah aku, bagaimana keadaanku ketika bertemu malaikat maut, saat rohku meninggalkan dunia ???  Keputusan apakah yang akan diturunkan oleh Tuhanku. Dia terus menangis dan terus menangis, lalu pergi. Tidak berapa lama kemudian beliau meninggal dunia.


Adakah manusia yang mati menerima balasan perbuatannya di alam Barzakh ???

Menurut pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, semua manusia yang mati akan merasai balasan perbuatannya di alam Barzakh menurut amalnya di atas dunia. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“ Mereka didedahkan kepada bahang api Neraka pada waktu pagi dan petang ( semasa mereka berada dalamalam barzakh ) dan pada hari berlakunya kiamat ( diperintahkan kepada malaikat ) : Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api Neraka yang seberat-beratnya ! ”
                                                                                                                     ( Surah al-Mu'min ayat 46 )

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Ibnu Umar r.a menyebut, rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

" Apabila salah seorang kamu mati dia akan ditunjukan tempat dia di dalam Syurga atau Neraka, pagi atau petang. Jika dia termasuk ahli Syurga, maka adalah dari ahli Syurga dan jika dia dari ahli Neraka, maka dia adalah salah seorang ahli Neraka. Kemudian akan dikatakan kepada dia inilah tempat kamu sehingga Allah bangkitkan kamu pada Hari Hisab !!! "


HIMPUNAN DALIL-DALIL AL-QURAN DAN HADIS MENGENAI ALAM BARZAKH  ( ALAM KUBUR )

Dalil al-Quran

- Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia : " Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku ( hidup semula di dunia ) - supaya aku mengerjakan amalan soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan. Tidak !!!   Masakan kau tidak dapat ???  Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka alam barzakh ( dinding ) hingga hari mereka dibangkitkan semual ( pada hari Kiamat )

                                                                                                               ( Surah al-Mu'minun ayat 99-100 )

- Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

" Mereka berkata : Aduhai celakalah kami !!!  Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami ( Kubur ) ??? "
                                                                                                                              ( Surah Yaasin ayat 52 )

- Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

" Iaitu pada hari Dia memanggil kamu, lalu kamu mematuhiNya sambil memujiNya dan kamu mengira bahawa kamu tidak berdiam ( di dalam kubur ) kecuali sebentar sahaja "

                                                                                                                             ( Surah al-Israa ayat 52 )

- Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

" Dan pada hari terjadinya Kiamat, bersumpahlah orang-orang yang berdosa : Mereka tidak berdiam ( di dalam kubur ) melainkan sesaat saja. Seperti demikianlah mereka selalu dipalingkan ( dari kebenaran ) "
" Dan berkata orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dan keimanan : Sesungguhnya kamu telah berdiam ( di dalam kubur ) menurut ketetapan Allah, sampai hari berbangkit, maka inilah hari berbangkit itu, akan tetapi kamu selalu tidak meyakininya "
                                                                                                                         ( Surah ar-Rom ayat 55-56 )


Dalil Hadis

- Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“ Sesungguhnya alam kubur itu adalah tahap pertama untuk alam akhirat. Manakala seseorang telah selamat dalam tahap pertama itu, maka untuk tahap-tahap selanjutnya akan lebih ringan. Akan tetapi, kalau tidak selamat dalam tahap pertama tersebut, maka untuk tahap-tahap selanjtnya akan lebih berat ”

( Riwayat Tarmizi, Ibnu Majah dan Hakim )

- Daripada Ibnu Abbas r.a : Sesungguhnya Nabi s.a.w melalui ( melintasi ) dua kubur, lalu Baginda bersabda :

“ Sesungguhnya kedua penghuni kubur ini sedang disiksa dan mereka tidaklah disiksa kerana dosa besar, adapun yang seorang itu disiksa kerana tidak menjaga kebersihan diri ketika buang air kecil, sedangkan yang satu lagi kerana suka menceritakan keburukan orang. Kemudian Baginda s.a.w meminta satu pelepah tamar, lalu dibelahnya menjadi dua lalu bersabda : Semoga pelepah kurma ini akan dapat meringankan siksaan mereka berdua selama ia belum kering ”
( Riwayat Bukhari no 218 dan Muslim no 292 ) 

-Daripada Zaid bin Tsabit r.a, dia berkata : Ketika Rasulullah s.a.w berada di kawasan bani Najjar sambil menunggang keldainya dan kami bersama Baginda, tiba-tiba keldainya terkejut dan hampir saja Baginda terjatuh. Di kawasan itu terdapat enam atau lima atau empat tanah perkuburan, lalu Baginda s.a.w bertanya :

“ Siapakah antara kamu yang mengetahui penghuni-penghuni kubur ini ? 

Seorang lelaki menjawab : “ Saya ” 

Baginda bertanya lagi : “ Bilakah mereka meninggal ” 

Lelaki itu menjawab : “ Mereka mati dalam syirik ”

Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda : “ Sesungguhnya umat ini ( penghuni-penghuni kubur ini ) sedang disiksa di dalam kubur mereka. Andaikata mereka tidak dikuburkan, nescaya aku memohon kepada Allah s.w.t agar Allah memperdengarkan kepada kamu siksaan kubur sebagaimana yang aku dengar ”

( Riwayat Muslim no 2867 )

- Daripada Siti Aisyah r.a katanya : Dua orang wanita tua daripada kalangan wanita tua Yahudi Madinah telah masuk menemuiku lalu berkata :

“ Sesungguhnya penghuni-penghuni kubur disiksa di dalam kubur mereka ”

‘Aisyah berkata :

“ Aku mendustakan mereka dan tidak percaya pada awalnya. Lalu mereka keluar dan masuk pula Rasulullah s.a.w menemuiku, maka aku bertanya :

“ Ya Rasulullah ! Dua orang wanita tua Yahudi……( lalu aku ceritakan apa yang terjadi )
Baginda kemudian bersabda yang bermaksud :

“ Benar dia ( wanita Yahudi tersebut ). Sesungguhnya mereka disiksa dengan siksaan yang boleh didengar oleh semua binatang.

‘Aisyah berkata :

“ Setelah peristiwa itu, aku tidak pernah melihat Baginda solat melainkan setelah Baginda memohon perlindungan daripada siksaan kubur ”

( Riwayat Bukhari dalam Kitab-kitab Doa no 6366 ) 




 Wallahu'allam.......


Thursday, 5 January 2012

AQIDAH KETUHANAN : Perbezaan Nabi & Rasul



Bismillah........

Nabi
Rasul
-         Seorang lelaki yang diutuskan oleh Allah S.W.T. dan tidak wajib baginya untuk disampaikan syariat Allah kepada umat manusia.
     Seorang lelaki yang diutuskan oleh  Allah S.W.T. dan wajib baginya untuk menyampaikan syariat Allah kepada umat manusia.
-         Bilangan Nabi yang diutuskan oleh Allah sebanyak 125000 dan tidak wajib diingati oleh umat Islam.
            Bilangan Rasul sebanyak 315 dan wajib diingati oleh umat Islam ialah seramai 25 orang Rasul.
-         Risalah atau ajaran daripada golongan Nabi adalah sambungan daripada golongan Nabi yang sebelumnya.
     Risalah atau ajaran daripada golongan Rasul adalah yang terbaru ( menasakhkan hukum Nabi terdahulu )
-         Golongan Nabi tidak mempunyai kitab atau suhuf yang diturunkan oleh Allah S.W.T.
     Golongan Rasul mempunyai kitab atau suhuf yang tersendiri yang diturunkan oleh Allah S.W.T.
-         Ada antara nabi yang wafat dibunuh kaumnya
     Rasul diberi & dijamin keselamatan oleh ALLAH dari pelbagai cuban bunuh atau khianat dari kaumnya
-         Nabi diutuskan kepada kaum yang sudah beriman
     Rasul diutuskan kepada kaum kafir atau Jahiliyyah
-         Nabi bermaksud orang yang diberi wahyu oleh ALLAH sebagai panduan hidup
            Rasul berasal dari perkataan ‘ risala ’ yang   bermaksud penyampaian


Wallahu'allam.........

ULUM QURAN : Sejarah Pengumpulan Al-Quran ( 3 ZAMAN )





Bismillah........

Pengenalan
Al-Quran adalah wahyu yang diturunkan dari langit oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril a’s. Sejarah penurunannya selama 23 tahun secara berangsur-angsur telah memberi kesan yang sangat besar dalam kehidupan seluruh manusia. Di dalamnya terkandung pelbagai ilmu, hikmah dan pengajaran yang tersurat maupun tersirat.


Sebagai umat Islam, kita haruslah berpegang kepada Al-Quran dengan membaca, memahami dan mengamalkan serta menyebarluas ajarannya. Bagi mereka yang mencintai dan mendalaminya akan mengambil iktibar serta pengajaran, lalu menjadikannya sebagai panduan dalam meniti kehidupan dunia menuju akhirat yang kekal abadi.


Mushaf Al-Qur’an yang ada di tangan kita sekarang ternyata telah melalui perjalanan panjang yang berliku-liku selama kurun waktu lebih dari 1400 tahun yang silam dan mempunyai latar belakang sejarah yang menarik untuk diketahui. Selain itu jaminan atas keotentikan Al-Qur’an langsung diberikan oleh Allah SWT yang termaktub dalam firman-Nya QS.AL Hijr -(15):9: 

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan kamilah yang akan menjaganya”




Penulisan Al-Quran pada zaman Rasulullah SAW.

Penulisan Al-Qur’an pada zaman Rasulullah SAW dilakukan dengan dua cara:

Pertama : al Jam’u fis Sudur
Para sahabat langsung menghafalnya diluar kepala setiap kali Rasulullah SAW menerima wahyu. Hal ini boleh dilakukan oleh mereka dengan mudah oleh faktor kebudayaan dan adat  orang arab yang menjaga Turast yakni peninggalan nenek moyang mereka diantaranya berupa syair atau cerita dengan kaedah menghafal dan mereka sangat masyhur dengan kekuatan daya hafalannya.


Kedua : al Jam’u fis Suthur
Iaitu wahyu turun kepada Rasulullah SAW ketika beliau berumur 40 tahun yaitu 12 tahun sebelum hijrah ke madinah. Kemudian wahyu terus menerus turun selama 23 tahun berikutnya dimana Rasulullah. SAW setiap kali turun wahyu kepadanya selalu membacakannya kepada para sahabat secara langsung dan menyuruh mereka untuk menuliskannya selain melarang para sahabat untuk menulis hadis-hadis beliau karena khuatir akan bercampur dengan Al-Qur’an. Rasul SAW bersabda :

“Janganlah kalian menulis sesuatu dariku kecuali Al-Qur’an, barangsiapa yang menulis sesuatu dariku selain Al-Qur’an maka hendaklah ia menghapusnya ” 

(Hadis dikeluarkan oleh Muslim (pada Bab Zuhud ) dan Ahmad (hal 1).


Biasanya sahabat menuliskan Al-Qur’an pada bahan yang terdapat pada waktu itu berupa ar-Riqa’ (kulit binatang), al-Likhaf (lempengan batu), al-Aktaf (tulang binatang), al-`Usbu ( pelepah kurma). Sedangkan jumlah sahabat yang menulis Al-Qur’an waktu itu mencapai 40 orang. Adapun hadis yang menguatkan bahwa penulisan Al-Qur’an telah terjadi pada masa Rasulullah s.a.w. adalah hadis yang di Takhrij (dikeluarkan) oleh al-Hakim dengan sanadnya yang bersambung pada Anas r.a., ia berkata: 

“Suatu saat kita bersama Rasulullah s.a.w. dan kita menulis Al-Qur’an (mengumpulkan) pada kulit binatang “.


Dari kebiasaan menulis Al-Qur’an ini menyebabkan timbul dengan banyaknya naskah-naskah (manuskrip) yang dimiliki oleh penulis-penulis wahyu, diantaranya yang terkenal adalah: Ubay bin Ka’ab, Abdullah bin Mas’ud, Mu’adz bin Jabal, Zaid bin Tsabit dan Salim bin Ma’qal.


Adapun hal-hal yang lain yang boleh menguatkan fakta bahawa telah terjadi penulisan Al-Qur’an pada waktu itu tetapi Rasulullah SAW melarang membawa tulisan Al-Qur’an ke wilayah musuh. Rasulullah s.a.w. bersabda: 

“Janganlah kalian membawa catatan Al-Qur’an kewilayah musuh, kerana aku merasa tidak aman (khuatir) apabila catatan Al-Qur’an tersebut jatuh ke tangan mereka”.


Kisah pemelukan islamnya sahabat `Umar bin Khattab r.a. yang disebutkan dalam buku-bukus sejarah bahawa waktu itu `Umar mendengar saudara perempuannya yang bernama Fatimah sedang membaca awal surah Thaha dari sebuah catatan (manuskrip) Al-Qur’an kemudian `Umar mendengar, meraihnya kemudian membacanya, inilah yang menjadi sebab dia mendapat hidayah dari Allah sehingga dia memeluk islam. Sepanjang hidup Rasulullah s.a.w, Al-Qur’an selalu ditulis apabila beliau mendapat wahyu kerana Al-Qur’an diturunkan secara beransur-ansur walaupun terdapat pendapat yang mengatakan secara sekaligus.




Penulisan Al-Quran pada zaman Khalifah Abu Bakar as Siddiq
Sepeninggalan Rasulullah SAW, isterinya Siti `Aisyah menyimpan beberapa naskah catatan (manuskrip) Al-Qur’an, dan pada masa pemerintahan Khalifah Abu Bakar r.a terjadilah Jam’ul Quran iaitu pengumpulan naskah-naskah atau manuskrip Al-Qur’an yang susunan surah-surahnya menurut riwayat masih berdasarkan pada turutan turunnya wahyu (hasbi tartibin nuzul).


Imam Bukhari meriwayatkan dalam shahihnya sebab-sebab pengumpulan naskah-naskah Al-Qur’an terjadi pada zaman Abu Bakar iaitu Atsar yang diriwatkan dari Zaid bin Tsabit r.a. yang berbunyi:


“Suatu ketika Abu bakar menemuiku untuk menceritakan berita mujahidin yang terkorban dalam peperang Yamamah , ternyata Umar juga bersamanya. Abu Bakar berkata" 

Umar menghadap kapadaku dan mengatakan bahwa jumalah korban yang gugur pada perang Yamamah sangat banyak khususnya dari kalangan para penghafal Al-Qur’an, aku khawatir kejadian serupa akan menimpa para penghafal Al-Qur’an di beberapa tempat sehingga suatu saat tidak akan ada lagi sahabat yang hafal Al-Qur’an, menurutku sudah saatnya engkau wahai khalifah memerintahkan untuk mengumpul-kan Al-Qur’an, lalu aku berkata kepada Umar : 

" Bagaimana mungkin kita melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ? ”

Umar menjawab: “Demi Allah, ini adalah sebuah kebaikan”

Selanjutnya Umar selalu saja mendesakku untuk melakukannya sehingga Allah melapangkan hatiku, maka aku setuju dengan usul umar untuk mengumpulkan Al-Qur’an.


Zaid berkata: Abu bakar berkata kepadaku : “engkau adalah seorang pemuda yang cerdas dan pintar, kami tidak meragukan hal itu, dulu engkau menulis wahyu (Al-Qur’an) untuk Rasulullah s. a. w., maka sekarang periksa dan telitilah Al-Qur’an lalu kumpulkanlah menjadi sebuah mushaf”.


Zaid berkata : “Demi Allah, andaikata mereka memerintahkan aku untuk memindah salah satu gunung tidak akan lebih berat dariku daripada memerintahkan aku untuk mengumpulkan Al-Qur’an. Kemudian aku teliti Al-Qur’an dan mengumpulkannya dari pelepah kurma, lempengan batu, dan hafalan para sahabat yang lain).


Kemudian Mushaf hasil pengumpulan Zaid tersebut disimpan oleh Abu Bakar, peristiwa tersebut terjadi pada tahun 12 H. Setelah ia wafat disimpan oleh khalifah sesudahnya iaitu Umar, setelah beliau wafat mushaf tersebut disimpan oleh puterinya dan sekaligus isteri Rasulullah s.a.w. yang bernama Hafsah binti Umar r.a.


Semua sahabat sepakat untuk memberikan sokongan penuh mereka terhadap apa yang telah dilakukan oleh Abu bakar yakni mengumpulkan Al-Qur’an menjadi sebuah Mushaf. Kemudian para sahabat membantu meneliti naskah-naskah Al-Qur’an dan menulisnya kembali. Sahabat Ali bin Abi Thalib mengulas peristiwa yang bersejarah ini dengan mengatakan : ” Orang yang paling berjasa terhadap Mushaf adalah Abu bakar, semoga ia mendapat rahmat Allah kerana beliaulah yang pertama kali mengumpulkan Al-Qur’an, selain itu juga, Abu bakarlah yang pertama kali menyebut Al-Qur’an sebagai Mushaf).


Menurut riwayat yang lain, yang pertama kali menyebut Al-Qur’an sebagai Mushaf adalah sahabat Salim bin Ma’qil pada tahun 12 H dengan akhir perkataannya iaitu : 

“Kami menyebut di negara kami untuk naskah-naskah atau manuskrip Al-Qur’an yang dikumpulkan dan dinamakan sebagai MUSHAF” dari perkataan salim inilah Abu bakar mendapat inspirasi untuk menamakan naskah-naskah Al-Qur’an yang telah dikumpulkannya sebagai al-Mushaf as Syarif (kumpulan naskah yang mulya). Dalam Al-Qur’an sendiri kata Suhuf (naskah ; jama’nya Sahaif) tersebut 8 kali, salah satunya adalah firman Allah QS. Al Bayyinah (98):2 

” Iaitu seorang Rasul utusan Allah yang membacakan beberapa lembaran suci. (Al-Qur’an) ”



Penyalinan semula al-Quran zaman Khalifah Sayyidina Uthman bin Affan

Pada masa pemerintahan Khalifah Usman bin ‘Affan terjadi perluasan wilayah islam di luar Jazirah arab sehingga menyebabkan umat islam bukan hanya terdiri dari bangsa arab saja (‘Ajamy). Keadaan ini tentunya memiliki impak positif dan negatif.


Salah satu impaknya adalah ketika mereka membaca Al-Qur’an, karana bahasa asli mereka bukan bahasa arab. Fenomena ini diatasi secara bijak oleh salah seorang sahabat yang juga sebagai panglima perang pasukan muslimin yang bernama Hudzaifah bin al-yaman.


Imam Bukhari meriwayatkan dari Anas r.a. suatu ketika Huzaifah bin al-Yaman bersama pasukan tentera Muslimin yang lain terlibat dalam peperangan di Armenia dan di Azerbaijan pada tahun ke-2 atau ke-3 Sayyidina Uthman menjadi khalifah. Dalam peperangan itu, terdapat ramai jemaah dari Syam tang membaca al-Quran menurut bacaan Miqdad bin Aswad dan Abu Darda’ sementara jemaah dari Iraq pula membaca menurut bacaan Ibnu Mas’ud dan Abu Musa al-Asy’ari.

Dalam mengutamakan bacaan pilihan mereka itu, sebahagian mereka ada yang sudah melampaui batas sehingga timbul perselisihan yang membuat mereka berkelahi dan berpecah-belah sehingga sampai satu tahap seseorang berkata kepada yang lain :

“ Bacaan saya lebih baik dari bacaanmu “

Perselisihan itu sudah mencapai klimaksnya dengan timbulnya pergaduhan, berselisih pendapat yang teruk, saling tuduh-menuduh antara satu sama lain, melaknat sesama sendiri, mengkafirkan orang lain dan menganggap hanya bacaan dirinya yang benar.
Melihat kepada perselisihan itu, Huzaifah bin al-Yaman pulang ke Madinah dan lantas menemui Khalifah Uthman lalu berkata :

“ Cepat selamatkan ummat ini sebelum menemui kehancuran “
“ Mengenai apa ? “  tanya Uthman
“ Kitabullah “  kata Huzaifah

Seterusnya beliau menceritakan tentang kejadian perselisihan tersebut seraya berkata :

“ Saya khuatir mereka akan berselisih pendapat tentang kitab suci kita seperti orang-orang Yahudi dan Nasrani “

Khalifah Uthman kemudian mengumpulkan beberapa Cendiakawan Islam untuk membincangkan permasalahan tersebut. Seorang cendiakawan telah mencadangkan supaya harus ada satu sahaja bacaan, kerana bimbang perselisihan tersebut akan lebih parah. Dalam kalangan pemikir Islam ketika itu bersetuju dengan pendapat tersebut. Kemudian Khalifah Uthman mengutuskan seorang utusan kepada Hafsah dengan tujuan agar mengirimkan Mushaf yang ada di tangan Khalifah Abu Bakar untuk disalin ke dalam beberapa Mushaf.

Kemudian Khalifah Uthman memerintahkan kepada Zaid bin Thabit al-Ansari untuk menulis mushaf Uthman dan diimlakan oleh Sa’id bin al-Umawi, dengan disaksikan oleh Abdullah bin Zubair dan Abdurrahman bin Haris bin Hisyam al-Makhzumi.

Sesudah selesai penulisan tersebut, Khalifah Uthman memerintahkan untuk dibukukan beberapa mushaf dan dihantar ke raja-raja di Syam, Mesir, Basrah, Kufah, Mekah, Yaman dan Madinah. Sesudah mushaf-mushaf itu dikirim ke kota-kota tersebut, Khalifah Uthman mewajibkan supaya bacaan itu sahaja yang dipakai dan digunakan selain memerintahkan mushaf-mushaf yang lain dikumpul dan dibakar.

Atas tindakan itu, ramai orang yang menunjukkan ketidakpuasan hati antaranya beberapa orang sahabat dan tabi’in. Mereka mengecam Uthman kerana perkara itu tidak pernah dilakukan Rasulullah S.A.W, Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar. Khalifah Uthman kemudian menulis surat kepada mereka dengan mengajak mereka mengikuti sahabat-sahabat yang lain yang sudah sama-sama menyetujui demi kebaikan bersama dan menghindari perselisihan.

Reaksi Ali bin Abi Thalib


“ Tidak perlu diragukan lagi apa yang dilakukan Uthman tentang penyeragaman bacaan Quran, merupakan kebijaksanaan yang luar biasa, kerana dengan tindakan tersebut, al-Quran tetap terjaga kemurniannya “
Ali menambah lagi :


“ Kalau dia Khalifah Uthman tidak melakukan itu yakni penyeragaman bacaan Quran, maka aku yang akan melakukannya “

Wallahu'allam...........